Sunday 28 April 2013

aspek keselamatan lontar peluru



Aspek keselamatan
Keselamatan adalah faktor yang paling penting bagi peserta lontar peluru, guru dan juga jurulatih. Berbeza dengan peserta lompatan, hal ini hanya membahayakan dirinya sendiri jika dia cuai. Bagi peserta lontaran, mereka juga berkemungkinan membahayakan orang lain di sekeliling kawasan lontaran atau yang berdiri terlampau dekat dengan peserta. Oleh itu aspek-aspek keselamatan adalah sangat penting dalam acara lontar peluru supaya tidak berlakunya kemalangan atau kecederaan.
Langkah-langkah yang harus diperhatikan:
(1) Selalu pastikan kawasan peluru mendarat sesuai dan bebas dari
       gangguan.
(2) Pastikan orang yang berada di keliling peserta memerhatikan apa yang
      sedang dilakukan dan akan dilakukan oleh perserta.
(3) Bila lontaran dibuat dalam kumpulan, hal ini mesti dilontar serentak dan
      bila memunggut peluru juga dilakukan serentak.
(4) Pastikan setiap peserta atau murid sudah diajar cara-cara memegang dan
      membawa peluru dengan cara yang betul. Beri masa yang cukup untuk  
      murid memegang peluru.
(5) Semua lontaran mesti ke satu arah sahaja. Tidak ke arah kawan mereka.
(6) Murid mestilah diletakkan sepanjang satu garis lurus dan sekurang-kurang  
      berjarak 5 meter antara satu sama lain.
(7) Pastikan tidak ada murid yang melintas garisan lontaran selagi lontaran
      belum lagi dibuat atau peluru mendarat. Mereka mestilah mengikut giliran
      dalam membuat lontaran.
(8) Murid yang melontar dengan tangan kiri mestilah diletakan dalam satu
      kumpulan.
(9)  Pastikan blok kayu tidak bergigi atau tajam.
(10) Jika peluru lembab atau basah, sapu dulu dengan kain.

teknik dan latihan ansur maju lontar peluru



TEKNIK MELONTAR PELURU
Teknik atau gaya melontar peluru yang biasa diamalkan ialah:
(A) Gaya berdiri dan melontar ( tanpa lungsuran )
(B) Gaya melungsur selangkah
(C) Gaya Parry O’Brien

Gaya berdiri dan melontar ( tanpa lungsuran )
Pegangan peluru
Cara memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua cara. Yang pertama ialah cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk memegang peluru. Ibu jari dan jari kelingking mengimbangi kedudukan peluru. Teknik ini disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah. Selain itu, memegang dengan tiga jari juga merupakan salah satu cara untuk memegang peluru. Peluru disokong oleh tiga jari tangan tengah. Ibu jari dan jari kelingking menyangga peluru.
Lakuan sedia
Peserta berdiri di bahagian di hadapan bulatan dengan bahu kirinya menghadap ke arah lontaran. Letak peluru di bahagian yang sesuai iaitu di bawah telinga dan hampir dengan leher. Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku ke luar. Setelah itu, peserta haruslah rendahkan badan dan bengkokkan kaki kanan yang terletak hampir dengan garis pusat bulatan. Berat badan peserta hendaklah dipindahkan ke kaki belakang
Kilasan badan
Pergerakan badan mengilas ke hadapan dan ke atas. Dengan ini, peluru dapat dilontar dengan lebih jauh. Jika pergerakan badan mengilas ke bawah,  maka peluru yang dilontar tidak akan ke jauh. Bahu tangan bebas digerakkan ke hadapan. Kemudian diikuti dengan bahagian pinggul kanan bergerak ke hadapan dan ke atas. Serentak dengan kesemua pergerakan ini tangan harus mula menolak peluru.
Lontaran
Tolakan peluru perlu diteruskan dengan kaki belakang (kaki kanan) diluruskan sambil menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi terangkat. Peluru dilontar keluar dari  tangan menuju ke hadapan dan ke atas. Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari badan. Tangan pelontar mengakhiri pergerakan ini dalam keadaan lurus dan menunggu peluru itu mandarat.
 Pulihan
 Selepas lontaran, kedudukan kaki peserta berada dalam keadaan depan belakang seperti semasa lontaran.
Keseluruhan Gaya Berdiri dan Melontar
                     Lakuan sedia               mengilas badan             melontar



Gaya melungsur selangkah
Pegangan peluru
           

Cara memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua cara. Yang pertama ialah cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk memegang peluru. Ibu jari dan jari kelingking mengimbangi kedudukan peluru. Teknik ini disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah. Selain itu, memegang dengan tiga jari juga merupakan salah satu cara untuk memegang peluru. Peluru disokong oleh tiga jari tangan tengah. Ibu jari dan jari kelingking menyangga peluru.

Lakuan sedia
Peserta berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan kawasan lontaran. Selepas itu, letakkan peluru di bawah telinga dan bongkokkan badan dengan membengkokkan kaki kanan. Kaki kiri dibiarkan selesa dengan membengkok dan mencecah bahagian tengah bulatan dengan hujung kaki. Tangan bebas berperanan untuk mengimbangi kedudukan badan dan ia diletakkan di hadapan badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan sedikit. Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku ke luar.
Lungsuran
Daripada lakuan sedia menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar dapat membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan. Lungsuran mesti dilakukan secara pantas dan licin. Berat badan pelontar mestilah masih berada di atas kaki kanan, manakala bahagian badan pula terus dibiarkan membongkok. Yang penting, jangan tegakkan badan semasa melungsur. Hal ini kerana, peluru yang dilontar tidak akan ke jauh. Kaki kiri pelontar diletakkan di hadapan bulatan.

Kilasan badan
Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat, pinggul kanan dipusing ke kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badan. Bahu dan tangan kanan (yang memegang peluru) masih menghala ke belakang
Lontaran
Selapas habis mengilas badan, kaki yang melungsur (kaki kanan yang di belakang) menolak dengan kuat sehingga badan terangkat melentik. Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan pergerakan menolak peluru yang bermula dengan bahu dan diikuti dengan tangan yang memegang peluru. Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki mestilah digunakan untuk menahan dengan kuat. Tangan kanan mengikut ke arah lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari badan. Kedua-dua kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar ke luar.
Pulihan
Pulihan ini bertujuan bagi mengelakkan pelontar hilang keimbangan dan terjatuh di kawasan hadapan selepas melepaskan peluru, pergerakan pulihan hendaklah dilakukan jika perlu. Pulihan ini dilakukan dengan membawa kaki kanan ke hadapan bulatan iaitu di belakang papan penahan dan pada masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan.





Keseluruhan Gaya Melungsur Selangkah
Gaya Parry O’Brien
Gaya Parry O’Brien ini adalah satu gaya yang telah diperkenalkan oleh Parry O’Brien. Beliau ialah seorang ahli sukan Amerika yang terkemuka pada tahun 50-an. Pada tahun 1956, dengan gaya mulaan yang membelakangkan kawasan lontaran, beliau telah berjaya menjadi pelontar pertama yang mencipta rekod dunia dengan lontaran melebihi 18 meter jaraknya. Teknik lontaran ini masih popular hingga ke hari ini. Di samping sumbangannya dari segi teknik melontar, Parry O’Brien juga telah membuktikan kepada semua ahli sukan tentang betapa pentingnya latihan bebanan bagi acara melontar peluru.
Pegangan peluru
 Cara memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua cara. Yang pertama ialah cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima jari digunakan untuk memegang peluru. Ibu jari dan jari kelingking mengimbangi kedudukan peluru. Teknik ini disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah. Selain itu, memegang dengan tiga jari juga merupakan salah satu cara untuk memegang peluru. Peluru disokong oleh tiga jari tangan tengah. Ibu jari dan jari kelingking menyangga peluru.
Lakuan sedia
Peserta mengambil posisi mulaan dengan belakangnya menghadap ke arah lontaran dan berdiri di bahagian belakang bulatan. Sebagai persediaan, peserta haruslah membongkokkan badannya ke hadapan dan pada masa yang sama membengkokkan kaki kanannya yang berada di hadapan. Kaki bebas (kaki kiri) diletak di belakang untuk mengimbangkan badan. Kaki bebas di bawa ke hadapan sebagai persediaan untuk lungsuran.
Lungsuran
Untuk memulakan lungsuran, kaki kiri ditendang ke belakang dan ke arah lontaran. Selapas itu, diikuti serta merta dengan meluruskan kaki kanan. Kaki kanan melungsur atas tapak kaki yang rata ke tengah bulatan. Kaki kiri diletakkan serta merta dekat papan penahan tanpa mengubah kedudukan bahagian atas badannya. Badan pelontar ketika ini masih di dalam keadaan condong.
Kilasan badan
Selepas kaki bebas ( kaki kiri ) telah bertapak di belakang papan penahan, badan pun mengilas ke atas dan ke hadapan. Kaki kanan menggerakkan pinggul ke atas dan ke hadapan. Bahu menghadap ke hadapan. Kaki diluruskan dengan cepat dan badan di angkat dan mengilas badan.
Lontaran
Selapas habis mengilas badan, kaki yang melungsur menolak dengan kuat sehingga badan terangkat melentik. Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan pergerakan menolak peluru yang bermula dengan bahu dan diikuti dengan tangan yang memegang peluru. Siku kanan diangkat tinggi untuk menghasilkan lontaran yang amat berkesan. Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki mestilah digunakan untuk menahan dengan kuat. Kedua-dua kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar ke luar.
Pulihan
Untuk mencegah diri dari terjatuh ke luar bulatan, pelontar akan melompat untuk memindahkan berat badannya daripada kaki kiri ke kanan. Pelontar juga boleh membawa kaki belakang ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki hadapan dibawa ke belakang bagi mengelakkan diri daripada tidak seimbang.



                                   


LATIHAN ANSUR MAJU GAYA MELUNGSUR SELANGKAH
Latihan I
Berdiri menghadap ke kawasan lontaran dan melontar peluru dengan tolak yang kencang ( melontar dari kedudukan berdiri ). Latihan ini dapat membantu pelajar menolak peluru dengan baik.
Latihan II
Berdiri dengan bahu kiri menghadap ke kawasan lontaran. Kaki direnggangkan dan putarkan bahu kiri ke kanan sambil merendahkan badan. Berat badan dipusatkan di kaki kanan yang diletakkan di belakang. Kilaskan badan ke hadapan dan tolak peluru. Latihan ini bertujuan untuk membolehkan para pelajar menguasai semua pergerakan penting sebelum mereka mula melontar peluru.
Latihan III
Berdiri merusuk ke arah lontaran di bahagian belakang bulatan. Kaki kiri diletakkan di garis pusat bulatan dan kaki kanan diletakkan berhampiran dengan lingkaran bulatan. Condongkan badan sedikit seperti dalam Latihan II di atas. Keetingting ke hadapan bulatan dengan menggunakan kaki kanan dan kaki kiri mestilah bertapak di bahagian belakang papan penahan atau di garis bulatan. Kilaskan badan dan buatlah lontaran. Latihan ini merupakan latihan membuat lungsuran dan mengilas badan.
Latihan IV
Pelontar berdiri membelakangkan kawasan lontaran. Badan dicondongkan ke hadapan hingga betul-betul berada di atas kaki kanan. Kemudian pelontarmelungsur selangkah ke belakang (tanpa mengilas badan atau melontar peluru). Latihan ini dibuat secara berulang-ulang. Latihan ini merupakan latihan pergerakan kaki pelontar semasa membuat lungsuran.

Latihan V
Pelajar digalakkan untuk mencuba pergerakan keseluruhan gaya melungsur selangkah. Latihan ini dapat menyatukan semua fasa lontaran. Oleh itu, para pelajar dapat menyediakan diri mereka untuk membuat lontaran dengan cara yang lebih sistematik.

ansur maju lontar peluru 7


ansur maju lontar peluru 6


ansur maju lontar peluru 5


ansur maju lontar peluru 4


ansur maju lontar peluru 3