Wednesday, 16 January 2013

article regarding the hockey player Faizal Saari




Faizal Saari terima pendapatan sebanyak RM79,560 bermain di Liga Hoki India

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Pemain hoki sensasi negara, Faizal Saari mencatat sejarah tersendiri apabila dipancing oleh Kelab Mumbai Magicians untuk beraksi dalam Liga Hoki India (HIL) selama sebulan bermula 16 Januari 2013. Kontrak jangka pendek yang ditawarkan amat lumayan dimana beliau ditawarkan gaji sebanyak AS $26,000 ( RM 79,560) untuk beraksi di liga hoki yang bakal menampilkan ramai pemain berstatus bintang dari seluruh dunia.
Selain Faizal Saari, penjaga gol hoki negara juga mendapat tawaran untuk beraksi dengan kelab Uttar Pradesh Wizards dengan bayaran AS $15,000 (RM45,900). Jumlah tersebut lebih besar berbanding yang diterima oleh pemain negara yang beraksi di Liga Hoki Malaysia (LHM). Faizal akan berangkat ke India pada 8 Januari ini. Beliau sebelum ini pernah menimba pengalaman di liga Australia bersama kelab Southern Hotshots.
Faizal Saari

Beliau juga pernah menerima tawaran untuk beraksi bersama kelab Sepanyol, Athletic Terassa Club sekitar Julai lalu tetapi terpaksa menolak kerana terikat dengan komitmen pasukan kebangsaan.
Sumber :- HMetro
Satu angka yang cukup menarik bagi pemain hoki. Sudah pasti bakat beliau telah diperakui oleh pasukan dari luar sehingga mereka sanggup mengikat kontrak dengan harga yang tinggi. Sudah pasti peluang ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Faizal Saari. Bukan hanya pada wang sahaja tetapi untuk meningkatkan lagi skill dan prestasi beliau di peringkat antarabangsa. Tahniah.

Sekian.

p/s :- Walaupun hanya untuk sebulan tapi gaji yang beliau terima lebih banyak dari 2 tahun gaji si ZOol ooo..


- Menjadikan Malaysia sebagai titik tumpu atau “hub” sukan.
- Definisi Industri Sukan: dinamik, berkembang merangkumi keseluruhan organisasi pengeluar, pembekal barangan dan perkhidmatan sukan untuk consumer sukan.
- industry sukan bergantung kepada industri konvensional untuk mendapatkan keuntungan
- Meek(1997):  Hiburan sukan dan Rekreasi , Produk, Rekaan dan Perkhidmatan Sukan, Organisasi Sukan Sokongan( Sukan Amatur, Sukan Profesional, Persatuaan dan Kelab Rekreasi)
-Impak ekonomi : wang baru yang masuk hasil perbelanjaan pelancong asing
-Impak pengganda: wang itu digunakan kembali dan membantu menyuburkan perniagaan tempatan yang lain.
-ciri-ciri pegurus sukan: perancangan, pengendalian, pentadbiran melalui kepimpinan dan penilain(POLE); peka terhadap keunikan sukan
-peranan pengurus sukan: tugas pengurusan umum, tugas pengurusan organisasi, tugas pengurusan informasi, latihan dan sains sukan, perlu mempunyai pengalaman pendidikan, menyesuaikan diri dengan perkembangan terbaru, mahir dalam teknologi, etika dan tanggungjawab social.
-Program sarjana muda sains pengurusan sukan: Kursus Pengkhususan, Kursus Pengajiaan/Pendidikan Umum, Latihsn Amali dan Industri

Wednesday, 9 January 2013

Datuk Lee Chong Wei


Datuk Lee Chong Wei.jpgTajuk: Adakah Datuk Lee Chong Wei masih dikekalkan sebagai jaguh sukan Olimpik 2016 ?

      - Tidak.

      - umurnya telah meningkat, stamina akan menjadi lemah, mudah mengalami kecederaan

      - kecederaan pada tahun lalu akan membawa impak kepada beliau

      - beliau telah berumah tangga, tidak dapat fokus dengan sepenuhnya

       - memberi peluang kepada pemain yang lebih mudah

       - memberi tekanan kepada pewarisnya supaya mereka meningkatkan prestasi sendiri dan mencapai keputusan yang setaraf dengan datuk atau melebihinya

       - beliau telah banyak memberi sumbangan kepada negara dalam sukan ini, tiba masa untuknya bersara