Wednesday, 16 January 2013

article regarding the hockey player Faizal Saari




Faizal Saari terima pendapatan sebanyak RM79,560 bermain di Liga Hoki India

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Pemain hoki sensasi negara, Faizal Saari mencatat sejarah tersendiri apabila dipancing oleh Kelab Mumbai Magicians untuk beraksi dalam Liga Hoki India (HIL) selama sebulan bermula 16 Januari 2013. Kontrak jangka pendek yang ditawarkan amat lumayan dimana beliau ditawarkan gaji sebanyak AS $26,000 ( RM 79,560) untuk beraksi di liga hoki yang bakal menampilkan ramai pemain berstatus bintang dari seluruh dunia.
Selain Faizal Saari, penjaga gol hoki negara juga mendapat tawaran untuk beraksi dengan kelab Uttar Pradesh Wizards dengan bayaran AS $15,000 (RM45,900). Jumlah tersebut lebih besar berbanding yang diterima oleh pemain negara yang beraksi di Liga Hoki Malaysia (LHM). Faizal akan berangkat ke India pada 8 Januari ini. Beliau sebelum ini pernah menimba pengalaman di liga Australia bersama kelab Southern Hotshots.
Faizal Saari

Beliau juga pernah menerima tawaran untuk beraksi bersama kelab Sepanyol, Athletic Terassa Club sekitar Julai lalu tetapi terpaksa menolak kerana terikat dengan komitmen pasukan kebangsaan.
Sumber :- HMetro
Satu angka yang cukup menarik bagi pemain hoki. Sudah pasti bakat beliau telah diperakui oleh pasukan dari luar sehingga mereka sanggup mengikat kontrak dengan harga yang tinggi. Sudah pasti peluang ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Faizal Saari. Bukan hanya pada wang sahaja tetapi untuk meningkatkan lagi skill dan prestasi beliau di peringkat antarabangsa. Tahniah.

Sekian.

p/s :- Walaupun hanya untuk sebulan tapi gaji yang beliau terima lebih banyak dari 2 tahun gaji si ZOol ooo..

2 comments:

  1. Gajinya memang besar!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Ini telah menunjukkan bersukan juga boleh mendapatkan gaji yang lumayan..Tetapi yang paling pentingnya adalah dapat mengharumkan nama negara kita..Malaysia..^^

    ReplyDelete