Penyertaan Malaysia Dalam
Sukan Olimpik sejak 1956.
Sebelum tertubuhnya Majlis
Olimpik Persekutuan Tanah Melayu (OCM) pada tahun 1953 dan pengiktirafannya
oleh Majlis Olimpik Antarabangsa IOC pada tahun 1954, beberapa peserta dari
Malaya mungkin pernah mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik, mewakili negara
asal mereka, seperti China dan India. Selepas diiktiraf IOC pada tahun 1954 OCM
pada masa itu buat julung kali menghantar satu kontijen seramai 33 peserta dari
6 jenis sukan untuk mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik 1956 di Melbourne.
Sejak itu Majlis Olimpik Malaysia OCM yang dikenali sejak 1964, telah mengambil
bahagian dalam semua Sukan Olimpik, kecuali Moscow tahun 1980.
Melbourne 1956:
Kontijen Persekutuan Tanah
Melayu (Malaya) ke Sukan Olimpik Melbourne tahun 1956 terdiri dari 6 Olahraga,
2 perenang, 18 pemain Hoki, 3 ahli Angkat Berat dan 4 penembak. Hanya seorang
sahaja peserta wanita dalam kontijen ini Ms Annie Choong, ahli olahraga. Antara
peserta ialah Koh Eng Tong pemenang Pingat Emas Sukan British Empire 1950 dalam
bahagian Featherweight dan Tan Kim Bee Pingat Perak Light Heavyweight. Pasukan
Hoki menduduki tempat ke 9 dari 12 pasukan. Chef de Mission ialah Herman Marie
de Souza (Hoki) dan Pembawa Bendera ialah Tan Kim Bee (Angkat Berat)
Olahraga: M. Harichandra,
S. Karuppiah Pereira, Rahim Ahmad, Raja Azlan, Lee Kah Fook, Annie Choong (W)
Angkat Berat: Chan Pak Lum,
Koh Eng Tong, Tan Kim Bee.
Renang: Fong Seow Hor, Lim
Heng Chek.
Menembak: Liew Foh Shin,
Moe Fu Kiat, Ng Tow Foo, Joseph Chong.
Hoki: S.
Selvanayagam, Wilfred Vias, Peter Van Huizen, T. Nadarajah, N. Shanmuganathan,
P.Alagendra, Chuah Eng Cheng, Gian Singh, P. Sankey, G.D. Toft, M.F.
Shepherdson, Hamzah Shamsuddin, S. Devendran, Sheik Ali, T. Lawrence, A. Karim,
N. Arul, Chuah Eng Kim.
[Nota: Gabuh Piging dan
Sium bin Diau menyertai acara Olahraga Lompat Kijang mewakili North Borneo]
1960 - Rome:
Terdiri dari 9 peserta dari
4 jenis sukan, ini adalah kontijen Malaysia paling kecil dalam sebarang
Olimpik. Ianya mengandungi 3 olahraga, 2 perenang, 2 penembak dan 2
angkat-berat. Chef de Mission ialah Lim Kee Seong (Bolasepak) dan Pembawa
Bendera ialah Shaharudin Mohd. Ali (Olahraga).
Olahraga: Kamaruddin
Maidin, M. Jegathesan, Shahrudin Mohd. Ali
Angkat Berat: Kuan King
Lam, Chung Kam Weng.
Renang: Fong Seow,
Hor Fong Seow Jit.
Menermbak: Ong Hock
Eng, Chan Kooi Chye
1964 – Tokyo
Malaysia telah ditubuhkan
pada September 1963, apabila bersekutunya Sabah, Sarawak dan Singapura dengan
Persekutuan Tanah Melayu (Malaya). Kontijen Malaysia ke Tokyo 1964 termasuk
ahli sukan dari Sabah, Sarawak dan Singapura. Kontijen seramai 66 ahli
sukan itu masih lagi yang paling ramai menyertai Sukan Olimpik hingga kini.
Ianya terdiri dari 12 olahraga termasuk seorang wanita, 7 perenang 3 darinya
wanita, 18 pemain hoki, 2 peninju, 6 angkat berat, 7 penembak, 9 pelumba
basikal, seorang pelawan pedang dan 2 orang mewakili tiap satu acara Judo dan
Gusti. Pasukan Hoki sekali lagi menduduki tempat ke 9.
M.Jegathesan ialah ahli olahraga Malaysia
yang pertama layak ke Separuh-Akhir dalam acara 200 meter. Dalam saringan 5
Pusingan Pertama dia mencatat 20.9 saat, yang masih lagi rekod Malaysia hingga
sekarang. Dalam saringan masa 21.2 saat melayakkannya ke Separuh Akhir.Dia
mencatat 21.4 dalam separuh-Akhir tetapi tersingkir. Chef de Mission ialah
Dato’ Donald Stephen. Pembawa Bendera ialah Kuda Ditta (Olahraga).
Olahraga: A.
Victor, C. Kunalan, Dilbagh Singh Kler, John Dukom, M.
Jegathesan, K.Selvaratnam, Kuda Ditta, M. Rajamani (W),
Mazlan Hamzah, Mohd. Abdul Rahman, Nashatar Singh Sidhu, R.
Subramaniam.
Angkat Berat: Boo Kim
Siang, Chua Phung Kim, Chung Kum Eng, Leong Chin Seong,
Lim Hiang Kok, Tan Howe Liang.
Menembak:
Dennis Filmer, Goh Tai Yong, Kok Kum Woh, Loh Ah Chee,
Tang Peng Choy, Weng Foo Wah, Yap Pow Thong.
Renang: Bernand Chan
Cheng Wah, Cheah Tong Kim, Michael Eu Seong Chin, Tan Thuan
Heng, Jovina Tseng (W), Molly Tay Chin Say (W), Mriana Jolly
(W ).
Tin ju:
G.Ramkrishnan, Jumaat Ibrahim.
Basikal: Andrew
Michael, Choy Mow Thin, Supaat Hamid, Salam Kamsari, Ng
Joo Pong , N.A. Rosli, Zain Safaruddin, Stephen Lim Tian San,
Tuow Choon Boon.
Lawan Pedang: Ronnie
Ignatius Theseira.
Hoki: Arumugam
Sabapathy, Kartar Singh s/o Chandra Singh, Chelliah Paramalingam,
Ranjit Singh s/o Gurdit Singh, Ho Kok Chye, Kandiah
Anandarajah, Koh Hock Seng, Kumaratnam Alagaratnam, Lim Fung
Chong, Manikam Shanmuganathan , Manir Uddin Anwarul Haq,
Michael Arulraj, Munusamy Doraisamy, Nonis Douglas
Paul, Rajaratnam Yogeswaran, Sinnathamy Kanangalingam, Tara
Singh Sidhu, Lawrence J. Van Huizen.
Judo: Ang Teck Bee,
Moorthy Kanapathy Sathia.
Gusti: Liang Soon
Hin, Tham Kook Chin.
1968 – Mexico
Kontijen Malaysia ke
Mexico 1968 berjumlah 33 orang dari 4 jenis sukan. Tiada peserta dari Singapura
kerana ia keluar dari Malaysia pada tahun 1965 untuk menjadi negara berasingan.
Kontijen Malaysia terdiri dari 11 Olahraga, 18 pemain Hoki, 2 Basikal dan 2
Angkat Berat. Tiada penyertaan wanita. Pasukan Hoki menduduki tempat ke 15 dari
16 pasukan.
M. Jegathesan mengulangi
kebolehan 4 tahun dahulu di Rome, melayakkan diri ke Separuh-Akhir 200 meter.
Masanya di Pusingan Pertama 20.9 saat, Pusingan Kedua 21.0 saat dan di Separuh
Akhir juga 21.00 saat. Chef de Mission ialah Khaw Kai Boh (Bola Keranjang).
Pembawa Bendera ialah Nashatar Singh Sidhu.
Olahraga: M.
Jegathesan, Rajalingam Gunaratnam, Arirvatham Victor,
Ramasamy Subramaniam, Ishtiaq Mubarak, Ahmad Zambrose Abdul Rahman,
Tambusamy Krishnan, Ooi Hock Lim, Nashatar Singh Sidhu, Mohd.
Ariffin , Anthony Chong.
Angkat Berat:
Leong Chin Seong, Eun Tin Loy.
Basikal: Ng Joo Pong,
Johari Ramli,
Hoki: Ho Kok
Chye, Loong Whey Pyu, A. Velavantheran, Sri
Shanmuganathan, Ranjit Singh, Michael Arul Raj, K.
Alagaratnam, J. Johnson, Savinder Singh, Ameenuddin Bin Md.
Ibrahim, A. Sabapathy, Kuldip Singh, Yang Siow Meng,
Koh Chong Jin, Koh Hock Seng, Harnahal Singh, R.
Yogeswaran, S. Jeevajothy.
Munich - 1972
Kontijen Malaysia ke Munich
1972 terdiri dari 57 peserta ialah jumlah kedua terbesar dalam penyertaan
Olimpik setakat ini. Pertama kali dalam sejarah Malaysia, pasukan Bolasepak
layak ke Sukan Olimpik. Badminton diperkenal sebagai pertunjukkan, 3 pemain
mengambil bahagian. Olahraga terdiri 11 peserta dengan 2 wanita, perenang
terdiri seorang lelaki dan seorang wanita, seorang penembak dan 4 pelumba
basikal. Pasukan Hoki menduduki tempat ke-8 dari 12 pasukan. Pasukan Bolasepak
bermain dalam Kumpulan A bersama German Barat, Maghribi dan USA. Setelah kalah
kalah 0-3 kepada Germany, menang 3-0 keatas USA dan akhirnya kalah kepada
Maghribi 0-6, pasukan bolasepak telah tersingkir. Chef de Mission ialah Dato’;
Harun Idris (Bolasepak). Pembawa Bendera ialah Mohamad Bakar (Bolasepak)
Olahraga:
Ishtiaq Mobarak, Zainuddin Abd. Wahab, S. Sabapathy, S.
Sivaraman, Mohd. Hassan Bin Osman, P. Peyadesa, T. Krishnan,
Gladys Chai Ng Mei (W), Junaidah Aman (W).
Badminton: Ng
Boon Bee, P. Gunalan, Tan Aik Mong.
Basikal: Daud
Ibrahim, A. B. Rahim, Saad Fadzin, Omar Haji Saad.
Menembak: Wong
Foo Wah.
Renang: Chiang
Jin Choon, Ong Mei Lin.
Hoki:
Khairuddin Zainal, Takbir Ahmad, A. Belvantheran, N.
Sri Shanmuganathan, Brian Sta Maria, S. Balasigam, Wong Choon
Hin Phang Poh Meng, R. Ramakrishnan, Randir Singh,
Harnabal Singh, Yang Siow Ming, Ausop Bin Maidin,
Franco De Cruz, Samat Sayed, M. Mahendran, Mohd.
Razali, Sulaiman Saibot, R. Pathmarajah.
Bolasepak: M.
Chandran, Bahwandi Hiralal, Osman Abdullah, Salleh Ibrahim,
Mohd. Bakar, Zawawi Yusoff, Harun Jusoh, Shaharuddin
Abdullah, V. Krishnasamy, Ali Bakar, Rahim Abdullah,
Wong Kam Fook, Looi Loon Teik, Khoo Luan Khen, Lim Fung
Kee, Soh Chin Aun, Wong Choom Wah, Namat Abdullah,
Hamzah Hussein.
Montreal 1976
Kontijen seramai 23 orang
boleh dikira kecil, terdiri 3 Olahraga, seorang perenang, 2 penembak dan
seorang berbasikal. Tiada wanita dalam kontijen. Pasukan Hoki menduduki tempat
ke-9. Ishtiaq Mubarak ialah ahli Olahraga Malaysia kedua yang melayakkan diri
ke Saparuh-Akhir. Dalam acara 110 meter Lompat Pagar mencatat masa 14.27
saat dan Saringan ke-2 untuk ke Separuh-Akhir, dimana dia mencatat masa 14.21
saat dan tersingkir. Chef de Mission ialah DYMM Sultan Azlan Shah (Hoki).
Pembawa Bendera ialah Ishtiaq Mubarak (Olahraga)
Olahraga:
Ishtiaq Mobarak, Ramli Ahmad, Khoo Chong Beng.
Renang: Chiang
Jin Choon .
Basikal: Yahya
Ahmad.
Menembak: Ally
Ong Tai Hong, E. J. H. Yong.
Hoki: N.
Sri Shanmuganathan, Khairuddin A. Francis, S.
Balasingam M. Mahendran , Wong Choon Hin R. Ramakrishnan, R.
Pathmarajah, N. Padanisamy Poon Fook Loke, Ow Soon Kooi,
Lam Kok Meng, Azaari Mohd. Zain, Mohinder Singh,
Anthony Leon Ignas Cruz, Avtar Singh Gill.
Moscow 1980 – Pemulauan.
Malaysia tidak mengambil
bahagian dalam Olimpik Moscow 1980 atas sebab yang tidak dapaty dielak.
Bagaimanapon, perlu dicatatkan bahawa pasukan Bolsepak dan Hoki kebangsaan
telah layak untuk menyertai Olimpik 1980 itu.
Los Angeles 1984
Malaysia menghantar
kontijen kecil ke Los Angeles 1984, sejumlah 20 ahli sukan. Hoki mendominasi
kontijen dengan 16 pemain. Olahraga, Renang (wanita), Menembak, dan Basikal
masing-masing diwakili oleh seorang peserta. Pasukan Hoki menduduki tempat ke
11 dari 12 peserta. Chef de Mission ialah Tunku Adnan bin Tunku Besar Burhanuddin.
Pembawa Bendera ialah Sabiahmad Abdul Ahad (Menembak)
Olahraga: B.
Rajakumar.
Basikal: Rosman Alwi,
Menembak: Sabiahmad
Abd. Ahad.
Renang: Helen Chow
(W).
Hoki: Ahmad
Fadzil, Colin Santa Maria, Foo Keat Seong, Jagjit
Singh, Kevin Nunis, Michael Chew, Ow Soon Kooi, Poon
Fook Loke, S. Murugasen, Stephen Van Huizen, Sarjit Singh,
Sukhvinderjeet Singh, Tam Chew Seng. Soon Mustafa, Yahya
Atan, Zulkifli Abbas.
.
Seoul 1988
Buat kali kedua dalam
sejarah Olimpik Malaysia pasukan Hokinya tidak layak ke Sukan Olimpik. Dengan
itu kontijen Malaysia ialah yang paling kecil sejak 1960, terdiri dari 2
olahraga (seorang wanita), 2 Renang ( seorang wanita), 2 Basikal, 1 Tembak dan
2 pemain Ping Pong wanita. Badminton dan Taekwando ialah 2 sukan pertunjukkan.
2 pemain Badminton dan 4 pakar Taekwando mengambil bahagian. Chef de Mission
ialah Tunku Imran (Squasy). Pembawa Bendera ialah Nordin Jadi (Olahraga).
Olahraga:
Nordin Mohd. Jadi , Josepheine Mary (W).
Basikal:
Kumaresan M., Rosman Alwi.
Menembak: Jimmy Chin.
Renang: Nurul
Huda Abdullah (W), Jeffrey Ong Kuan Seng.
Ping Pong: Leong
Mee Wan (W), Lau Wai Cheng (W).
Taekwando: Ong
Bee Eng, Chai Saew Yuen, Vasugi M. (W), Yong Po Po (W).
Badminton: Mohd Razif
Hj Mohd Sidek, Mohd Jalani Hj Mohd Sidek.
Barcelona 1992
Badminton dengan resmi
menjadi acara Sukan Olimpik buat pertama kalinya di Barcelona 1992. Pemain
badminton telah diduga memenangi pingat pertama Sukan Olimpik untuk Malaysia.
Menguatkan lagi harapan ini apabila Malaysia memenangi Piala Thomas, Kejohanan
Badminton Berpasukan Dunia yang ulung 4 bulan dahulu setelah 26 tahun.
Pemain badminton tidak
mengecewakan penyokong-penyokong nya dan Malaysia memenangi pingat Olimpiknya
yang pertama. Pingat Gangsa dimenangi oleh adik beradik Razif dan Jalani Sidek
dalam acara Bergu Lelaki.
Pasukan Hoki kembali ke Sukan Olimpik.
Kontijen terdiri dari 16 pemain Hoki, 1 Olahraga, 1 Renang,1 Tembak, 1 Basikal,
dan 6 Badminton. Sekali lagi Taekwando menjadi sukan demonstrasi. 2 pakar wanita
mengambil bahagian di Barcelona. Pasukan Hoki menduduki tempat ke 9 dari 12
pasukan. Chef de Mission ialah Tan Sri Elyas Omar (Badminton) dan Pembawa
Bendera ialah Razif Sidik (Badminton)
Olahraga: Nur
Herman Majid.
Basikal:
Kumaresan M..
Menembak: Kaw
Fun Ying.
Renang: Jeffrey
Ong Kuan Seng.
Taekwando: Hii
King Hung, Sarah Chung Pit Jin.
Badminton:
Rashid Sidek, Foo Kok Keong, Razif Sidek, Jalani Sidek,
Cheah Soon Kit, Soo Beng Kiang.
Hoki: Gary
Vernon Fidelis, Lim Chiow Chuan, Minarwan Nawawi, Mohamad
Abdul Hadi, Nor Saiful Zaini, Paul Lopez, Sarjit Singh,
Soon Mustafa Karim, Tai Beng Hai, Shankar Ramu, Lailin
Abu Hassan, A. Anantha Sambu Mayavo, Ahmad Fadzil Zainal Abidin,
Dharma Raj Kanniah, S. Suria Ghandi.
Atlanta 1996:
Buat pertama kali dalam Sukan Olimpik
Malaysia mengambil bahagian dalam acara Kapal Layar dan Salom Canoeing,
masing-masing diwakili oleh seorang peserta. Kontijen teridiri dari 4 Olahraga,
5 Renang (1 wanita), 16 pemain Hoki, 1 Tinju, 1 Tembak dan 7 pemain Badminton
(1 wanita) menjadikan jumlahnya 36 peserta. Seperti dijangkan Malaysia menang
Pingat Perak melalui pasangan Bergu lelaki Cheah Soon Kit dan Yap Kin Hock,
serta Pingat Gangsa di acara Persaorangan lelaki melalui Rashid Sidek. Chef de
Mission ialah Dato’ Dr. Abdullah Fadzil Che’ Wan (Badminton) dan Pembawa
Bendera ialah Nor Saiful Zaini Nasir-ud-Din, ketua pasukan Hoki.
Olahraga:
Nur Herman Majid, Watson Nyambek, Loo Kum Zee, Annastasia Karen Raj.
Badminton:
Rashid Sidek, Ong Ewe Hock, Cheah Soon Kit, Yap Kim Hock, Soo Beng Kiang, Tan
Kim Her, Chan Chia Fong.
Menembak: Kaw
Fun Ying.
Renang: Anthony
Ang Kang Keam, Elvin Chia Tshun Thau, Wan Azlan Abdullah, Alex Lim Keng Liat,
Tay Li Leng.
Kapal Layar:
Kevin Lim Leong Keat.
Tinju: Sapol
Biki.
Canoe:
Salehhuddin Ayob.
Hoki (Lelaki): Brian
Jaya Siva, Lam Mun Fatt, Shankar Ramu, Mirnawan Nawawi,
Hamdan Hamzah, Chairil Anwar Abdul Aziz, Lailin Abu Hassan,
Kuhan Shanmuganathan, Calvin Ronnie Fernandez, Nor Saiful
Zaini Nasiruddin, Kaliswaran Muniandy, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim,
Lim Chiow Chuan, Charles Aitken David, Maninderjit
Singh, Aphtar Singh.
Sydney 2000
Malaysia mengambil bahagian
dalam 9 jenis sukan dengan 41 peserta di Sydney 2000. Badminton diwakili 6
peserta gagal menunjukkan kecemerlangan di Atlanta 1996, dengan Chong Tan Fook
dan Lee Wan Wah gagal di perlawanan menentukan Pingat Gangsa. Peserta acara
Sukan lain: Olahraga 2, Menembak 1, Renang 9, Kapal Layar 1, Jimnastik 1, Diving
4, Hoki 16 dan Tekwando 1. Pasukan Hoki hanya menduduki tempat ke 11. Chef de
Mission ialah Tan Sri P. Alagendra sementara Pembawa Bendera ialah Minarwan
Nawawi (Hoki)
Olahraga: Watson
Nyambek, Yuen Yu Fang.
Badminton: Ong
Ewe Hock, Cheah Soon Kit, Yap Kim Hock, Wong Choong Hann, Lee Wan Wah, Choong
Tan Fook.
Menembak: Irina
Maharani.
Renang:
Elvin Chia Tshun Thau, Wan Azlan Abdullah, Alex Lim Keng Liat, Anthony Ang Kang
Keam, Allen Ong Hou Ming, Dieung Anak Mannang, Sia Wai Yen, Siow Yi Ting,
Marilyn Chua Yu Ching.
Kapal Layar:
Kevin Lim Leong Keat.
Jimnastik:
Au Li Yen.
Diving:
Yeoh Ken Nee, Azreen Bahari, Leong Mun Yee, Farah Begum Abdullah (tidak amnbil
bahagian – kerana cedera).
Hoki (Lelaki): Jiwa
Mohan, K. Keevan Raj, Suhaimi Ibrahim, Mirnawan Nawawi,
Chua Boon Huat, Maninderjit Singh, Kuhan Shanmuganathan,
Calvin Ronnie Fernandez, Roslan Jamaluddin, Mohd. Nasihin Nubli,
Chairil Anwar A. Aziz, Shaiful Azli Bin Abdul Rahman, Nor
Azlan Bakar, Nor Saiful Zaini, K. Gobinathan, Mohd. Madzli
Ikmar .
Taekwando:
Lee Wan Yuen.
Athens 2004
Penyertaan di Athens 2004
ialah dalam 11 jenis sukan diwakili 26 peserta. Tempat kelahiran Sukan Olimpik
ini gagal membawa sebarang kejayaan kepada kontijen Malaysia. Perwakilan
Malaysia ialah: Basikal 1, Badminton 9, Menembak 2, Renang 4, Kapal Layar 1,
Artistik Jimnastik Lelaki 1, Diving 3, Memanah 1 Taekwando 1, Angkat Berat 1
dan Olahraga 2. Dato’ Dr. M. Jegathesan bekas jagoh pelari pantas
Malaysia di Sukan Olimpik ialah Chef de Mission bersempena ulangtahun ke 100
Sukan Olimpik di Athens . Pembawa Bendera pula ialah Bryan Nickson Lomas
(Diving).
Basikal: Josiah Ng
Oon Lam (Track).
Badminton: Lee
Chong Wei, Roslin Hashim, Wong Choong Hann, Chan Chong Ming & Chew Choon
Eng, Choong Tan Fook & Lee Wan Wah, Wong Pei Tty & Chin Eei Hui
(F).
Menembak: Ricky
Teh Chee Fei (Skeet), Bernard Yeoh Cheng Han (Trap).
Renang: Lim
Keng Liat, Saw Yi Khy, Allen Ong Hou Ming, Siow Yi Teng (F).
Kapal Layar:
Kevin Lim Leong Keat (Laser).
Artistik Jimnastik Lelaki:
Ng Shu Wai.
Diving: Leong
Mun Yee (F), Gracie Junita Terry Pego (F), Bryan Nickson Lomas.
Memanah: Mon Redee
Sut Txi (F).
Taekwando:
Elaine Teo Shueh Fhern (F).
Angkat Berat:
Muhammad Faizal Baharom.
Olahraga:
Nazmizan Muhammad, Yuan Yu Fang (F).
Beijing 2008
Malaysia di wakili 33
peserta dalam 9 jenis sukan, ialah kontijennya yang terbesar sejak
Melbourne 1956. Lee Chong Wei berjaya memenangi Pingat Perak setelah kalah
kepada jaguh tuan rumah Lin Dan di perlawanan akhir Perseorangan Lelaki acara
Badminton. Ini adalah pingat yang pertama sejak 12 tahun yang lalu, menjadi
jumlah pungutan pingat negara 4 semua sekali. Ia juga ialah Pingat Perak kedua
dalam sejarah penyertaan Malaysia di Sukan Olimpik sejak menyertainya 1956.
Penyertaan Malaysia di Beijing ialah: Renang 5, Diving 4, Memanah 3, Olahraga
3, Badminton 9, Basikal 4, Kapal Layar 1, Menembak 1. Taekwando 2, dan
Angkat Berat1. Chef de Mission ialah Dato Ho Koh Chye seorang lagi bekas jagoh
Olimpik Malaysia dalam acara Hoki. Pembawa Bendera ialah Mohd Azizulhasni Awang
(Basikal).
Renang: Daniel
William Henry Bego, Stow Yi Ting (F), Khoo Cai Lin (F), Lew Yih Wey (F), Leung
Chii Lin (F.)
Diving: Bryan
Nickson Lomas, Leong Mun Yee (F), Elizabeth Jimie (F), Pandelela Rinong (F),
Memanah: Cheng
Chu Sian, Muhammad Marbawi Sulaiman, Wan Mohd Khalmizam Wan Ab. Aziz.
Olahraga: Lee
Hup Wei, Roslinda Binti Samsu (F), Yuan Yu Fang (F),
Badminton: Lee
Chong Wei, Wong Choong Hann, Koo Kien Keat, Tan Boon Heong, Choong Tan Fook,
Lee Wan Wah, Wong Mew Choo (F), Wong Pei Tty (F), Chin Eei Hui (F).
Basikal: Mohd
Azizulhasni Awang, Josiah Ng Onn Lam, Mohd Rizal Tisin, Muhammad Edrus Md
Yunos.
Kapal Layar:
Dr. Kevin Lim Leong Keat.
Menembak: Hasli
Izwan Amir Hasan.
Taekwando: Elaine Teo
Shueh Fhern (F), Che Chew Chan (F).
Angkat Berat: Amirul
Hamizan Ibrahim.
London 2012
Chef de Mission: Tun Ahmad
Sarji bin Abdul Hamid.
Pungutan Pingat Malaysia di
Sukan Olimpik.
Pada tahun 1956 hingga
1988, 2000 dan 2004 kontijen Malaysia tidak memenangi sebarang pingat.
Sukan Olimpik XXV –
Barcelona 1992.
Adik beradik Radzif Sidek
dan Jalani Sidek memenagi pingat Olimpik untuk Malaysia yang ulung bila berjaya
memungut Pingat Gangsa dalam acara Bergu Lelaki.
Sukan Olimpik XXVI –
Atlanta 1996.
Cheah Soon Kita dan Yap Kim
Hock berjaya memenagi pingat Olimpik kedua untuk Malaysia apabila mereka
memperolehi Pingat Perak dalam acara Badminton Bergu Lelaki. Rashid Sidik
berjaya mengikuti jejak abang-abangnya 4 tahun dahulu apabila dia memungut
Pingat Gangsa dalam acara Badminton Persaorangan Lelaki.
Sukan Olimpik XXIX –
Beijing 2008.
Lee Chong Wei berjaya
memenangi pingat Olimpik yang ke empat untuk Malaysia bila dia memperolehi
Pingat Perak dalam acara Badminton Lelaki Persaorangan.