TEKNIK
MELONTAR PELURU
Teknik
atau gaya melontar peluru yang biasa diamalkan ialah:
(A) Gaya
berdiri dan melontar ( tanpa lungsuran )
(B) Gaya
melungsur selangkah
(C) Gaya
Parry O’Brien
Gaya berdiri dan melontar (
tanpa lungsuran )
Pegangan peluru
Cara memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan
kepada dua cara. Yang pertama ialah cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima
jari digunakan untuk memegang peluru. Ibu jari dan jari kelingking mengimbangi
kedudukan peluru. Teknik ini disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah.
Selain itu, memegang dengan tiga jari juga merupakan salah satu cara untuk
memegang peluru. Peluru disokong oleh tiga jari tangan tengah. Ibu jari dan
jari kelingking menyangga peluru.
Lakuan sedia
Peserta berdiri di bahagian di hadapan bulatan dengan
bahu kirinya menghadap ke arah lontaran. Letak peluru di bahagian yang sesuai
iaitu di bawah telinga dan hampir dengan leher. Lengan tangan diangkat hampir
mendatar dan siku ke luar. Setelah itu, peserta haruslah rendahkan badan dan
bengkokkan kaki kanan yang terletak hampir dengan garis pusat bulatan. Berat
badan peserta hendaklah dipindahkan ke kaki belakang
Kilasan
badan
Pergerakan badan mengilas ke hadapan dan ke atas. Dengan
ini, peluru dapat dilontar dengan lebih jauh. Jika pergerakan badan mengilas ke
bawah, maka peluru yang dilontar tidak
akan ke jauh. Bahu tangan bebas digerakkan ke hadapan. Kemudian diikuti dengan
bahagian pinggul kanan bergerak ke hadapan dan ke atas. Serentak dengan kesemua
pergerakan ini tangan harus mula menolak peluru.
Lontaran
Tolakan peluru perlu diteruskan dengan kaki belakang
(kaki kanan) diluruskan sambil menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi
terangkat. Peluru dilontar keluar dari tangan menuju ke hadapan dan ke
atas. Tangan kanan mengikut arah lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari
badan. Tangan pelontar mengakhiri pergerakan ini dalam keadaan lurus dan
menunggu peluru itu mandarat.
Pulihan
Selepas
lontaran, kedudukan kaki peserta berada dalam keadaan depan belakang seperti
semasa lontaran.
Keseluruhan
Gaya Berdiri dan Melontar
Lakuan sedia mengilas badan melontar
Gaya
melungsur selangkah
Pegangan
peluru
Cara memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan
kepada dua cara. Yang pertama ialah cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima
jari digunakan untuk memegang peluru. Ibu jari dan jari kelingking mengimbangi
kedudukan peluru. Teknik ini disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah.
Selain itu, memegang dengan tiga jari juga merupakan salah satu cara untuk
memegang peluru. Peluru disokong oleh tiga jari tangan tengah. Ibu jari dan
jari kelingking menyangga peluru.
Lakuan
sedia
Peserta berdiri di bahagian belakang bulatan dengan
membelakangkan kawasan lontaran. Selepas itu, letakkan peluru di bawah telinga
dan bongkokkan badan dengan membengkokkan kaki kanan. Kaki kiri dibiarkan
selesa dengan membengkok dan mencecah bahagian tengah bulatan dengan hujung
kaki. Tangan bebas berperanan untuk mengimbangi kedudukan badan dan ia
diletakkan di hadapan badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan sedikit.
Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku ke luar.
Lungsuran
Daripada
lakuan sedia menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar dapat membuat
lungsuran ke bahagian tengah bulatan. Lungsuran mesti dilakukan secara pantas
dan licin. Berat badan pelontar mestilah masih berada di atas kaki kanan,
manakala bahagian badan pula terus dibiarkan membongkok. Yang penting, jangan tegakkan
badan semasa melungsur. Hal ini kerana, peluru yang dilontar tidak akan ke
jauh. Kaki kiri pelontar diletakkan di hadapan bulatan.
Kilasan badan
Sebaik
sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat, pinggul kanan
dipusing ke kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badan. Bahu dan tangan
kanan (yang memegang peluru) masih menghala ke belakang
Lontaran
Selapas
habis mengilas badan, kaki yang melungsur (kaki kanan yang di belakang) menolak
dengan kuat sehingga badan terangkat melentik. Pergerakan ini hendaklah disusuli
dengan pergerakan menolak peluru yang bermula dengan bahu dan diikuti dengan
tangan yang memegang peluru. Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki
mestilah digunakan untuk menahan dengan kuat. Tangan kanan mengikut ke arah
lontaran, siku sentiasa di luar dan jauh dari badan. Kedua-dua kaki mesti
bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar ke luar.
Pulihan
Pulihan
ini bertujuan bagi mengelakkan pelontar hilang keimbangan dan terjatuh di
kawasan hadapan selepas melepaskan peluru, pergerakan pulihan hendaklah
dilakukan jika perlu. Pulihan ini dilakukan dengan membawa kaki kanan ke
hadapan bulatan iaitu di belakang papan penahan dan pada masa yang sama kaki
kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan.
Keseluruhan Gaya Melungsur Selangkah
Gaya Parry O’Brien
Gaya
Parry O’Brien ini adalah satu gaya yang telah diperkenalkan oleh Parry O’Brien.
Beliau ialah seorang ahli sukan Amerika yang terkemuka pada tahun 50-an. Pada
tahun 1956, dengan gaya mulaan yang membelakangkan kawasan lontaran, beliau
telah berjaya menjadi pelontar pertama yang mencipta rekod dunia dengan
lontaran melebihi 18 meter jaraknya. Teknik lontaran ini masih popular hingga
ke hari ini. Di samping sumbangannya dari segi teknik melontar, Parry O’Brien
juga telah membuktikan kepada semua ahli sukan tentang betapa pentingnya
latihan bebanan bagi acara melontar peluru.
Pegangan peluru
Cara memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan
kepada dua cara. Yang pertama ialah cara memegang dengan lima jari. Kelima-lima
jari digunakan untuk memegang peluru. Ibu jari dan jari kelingking mengimbangi
kedudukan peluru. Teknik ini disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah.
Selain itu, memegang dengan tiga jari juga merupakan salah satu cara untuk
memegang peluru. Peluru disokong oleh tiga jari tangan tengah. Ibu jari dan
jari kelingking menyangga peluru.
Lakuan sedia
Peserta
mengambil posisi mulaan dengan belakangnya menghadap ke arah lontaran dan
berdiri di bahagian belakang bulatan. Sebagai persediaan, peserta haruslah
membongkokkan badannya ke hadapan dan pada masa yang sama membengkokkan kaki
kanannya yang berada di hadapan. Kaki bebas (kaki kiri) diletak di belakang
untuk mengimbangkan badan. Kaki bebas di bawa ke hadapan sebagai persediaan
untuk lungsuran.
Lungsuran
Untuk
memulakan lungsuran, kaki kiri ditendang ke belakang dan ke arah lontaran.
Selapas itu, diikuti serta merta dengan meluruskan kaki kanan. Kaki kanan
melungsur atas tapak kaki yang rata ke tengah bulatan. Kaki kiri diletakkan
serta merta dekat papan penahan tanpa mengubah kedudukan bahagian atas
badannya. Badan pelontar ketika ini masih di dalam keadaan condong.
Kilasan badan
Selepas kaki bebas ( kaki kiri ) telah bertapak di belakang papan
penahan, badan pun mengilas ke atas dan ke hadapan. Kaki kanan menggerakkan
pinggul ke atas dan ke hadapan. Bahu menghadap ke hadapan. Kaki diluruskan
dengan cepat dan badan di angkat dan mengilas badan.
Lontaran
Selapas
habis mengilas badan, kaki yang melungsur menolak dengan kuat sehingga badan
terangkat melentik. Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan pergerakan menolak
peluru yang bermula dengan bahu dan diikuti dengan tangan yang memegang peluru.
Siku kanan diangkat tinggi untuk menghasilkan lontaran yang amat berkesan.
Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki mestilah digunakan untuk
menahan dengan kuat. Kedua-dua kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa
peluru dilontar ke luar.
Pulihan
Untuk
mencegah diri dari terjatuh ke luar bulatan, pelontar akan melompat untuk
memindahkan berat badannya daripada kaki kiri ke kanan. Pelontar juga boleh
membawa kaki belakang ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki hadapan
dibawa ke belakang bagi mengelakkan diri daripada tidak seimbang.
LATIHAN ANSUR MAJU GAYA
MELUNGSUR SELANGKAH
Latihan I
Berdiri
menghadap ke kawasan lontaran dan melontar peluru dengan tolak yang kencang (
melontar dari kedudukan berdiri ). Latihan ini dapat membantu pelajar menolak
peluru dengan baik.
Latihan II
Berdiri
dengan bahu kiri menghadap ke kawasan lontaran. Kaki direnggangkan dan putarkan
bahu kiri ke kanan sambil merendahkan badan. Berat badan dipusatkan di kaki
kanan yang diletakkan di belakang. Kilaskan badan ke hadapan dan tolak peluru.
Latihan ini bertujuan untuk membolehkan para pelajar menguasai semua pergerakan
penting sebelum mereka mula melontar peluru.
Latihan III
Berdiri
merusuk ke arah lontaran di bahagian belakang bulatan. Kaki kiri diletakkan di
garis pusat bulatan dan kaki kanan diletakkan berhampiran dengan lingkaran
bulatan. Condongkan badan sedikit seperti dalam Latihan II di atas. Keetingting
ke hadapan bulatan dengan menggunakan kaki kanan dan kaki kiri mestilah
bertapak di bahagian belakang papan penahan atau di garis bulatan. Kilaskan
badan dan buatlah lontaran. Latihan ini merupakan latihan membuat lungsuran dan
mengilas badan.
Latihan IV
Pelontar
berdiri membelakangkan kawasan lontaran. Badan dicondongkan ke hadapan hingga
betul-betul berada di atas kaki kanan. Kemudian pelontarmelungsur selangkah ke
belakang (tanpa mengilas badan atau melontar peluru). Latihan ini dibuat secara
berulang-ulang. Latihan ini merupakan latihan pergerakan kaki pelontar semasa
membuat lungsuran.
Latihan V
Pelajar digalakkan untuk mencuba pergerakan
keseluruhan gaya melungsur selangkah. Latihan ini dapat menyatukan semua fasa lontaran. Oleh itu, para
pelajar dapat menyediakan diri mereka untuk membuat lontaran dengan cara yang
lebih sistematik.
saya seorang pelajar yg berumur 17 tahun...saya mula mencuba teknik oBrien pada umur 115 tahun..mewakili sekolah utk sukan mssd kulaijaya..sayavtelahbberjaya memenagi pingat emas utk penyertaan kali pertama..ternyata teknik tersebut amat bagus..sye juga mengalakkn oelajar yg hendak mencuburi teknik tersebut..kekuatan kaki amat penting bgy menhimbangi badan..pinggang dan tgn..daya tolakkn perlu ade utk menambah kejauhan bola..bolabhendaklah dilontar dgn lebih tinggi..(sekadar mengongsi pengalaman)
ReplyDelete